|
|
| Sunday, 14-May-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zurie & Fauzi : A fairy tale love story : Part II
|
|
Dunia tanpa sempadan telah menemukannya kembali dengan orang yang pertama kali bertakhta di hatinya. Dan kini sekali lagi, lelaki itu seakan sudah bertakhta kembali di sudut hatinya. Perasaannya masih bercampur. Gembira dan keliru. Gembira kerana hatinya telah terisi kembali tetapi keliru dan risau adakah itu yang terbaik untuknya dan anak-anaknya. Pelbagai persoalan mula menerjah ke fikirannya. Tanpa disedari waktu sudah agak lewat dan esok adalah hari kerja.
Waktu yang berlalu memberikan ruang yang sempurna baginya mengenali kembali hati budi masing-masing setelah dua desawarsa terpisah jasad dan jiwa. Zurie yakin bahawa Fauzi adalah Fauzi yang dahulu. Walaupun lama tinggal di bumi Amerika yang terkenal dengan presidennya yang seumpama *etan itu. Dia bersyukur ditemukan kembali dengan Fauzi setelah beberapa lama hatinya sepi tanpa kasih seorang lelaki.
Dia percaya memang takdir telah menemukan dia dengan Fauzi dalam keadaan kedua-duanya telah berpisah dengan pasangan masing-masing. Tanpa dirancang sungguh ianya berlaku. Kepada Allah dia memanjatkan seluruh rasa syukur di atas segala apa yang berlaku. Kini tinggal beberapa waktu sahaja lagi sebelum secara sah dia akan menjadi isteri kepada Fauzi. Segalanya bagai mimpi.. .. mimpi yang indah.....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-May-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zurie & Fauzi : A fairy tale love story
|
|
Special entry with a Cerpen (Cerita pendek)...
Nama itu masih terbayang-bayang di skrin monitor komputer Zurie walaupun dia sedang menyiapkan kerja yang dikehendaki oleh ketua jabatan. Tengahari semalam, dia tidak keluar makan dan hanya menghadap komputer di biliknya. Dia hanya merayau ke laman-laman web yang biasa dilawatinya di dalam senarai 'favourite'nya. Kebetulan dia menggunakan laman web google untuk mencari nombor telefon pelanggan syarikatnya bekerja dan dia terus dibawa ke laman web yang dikehendaki. Entah mengapa jari-jarinya gatal untuk menaip satu nama yang telah lama hilang dalam hidupnya. Bukan mengharapkan sesuatu sekadar menghabiskan masa luang yang ada.
Dalam masa tidak sampai satu saat apabila dia menekan 'enter', terpapar beberapa laman web yang memaparkan nama tersebut. Zurie agak tergamam bila melihat nama penuh lelaki itu terpapar di skrinnya di bawah laman web satu syarikat besar yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. Lantas jantungnya bergerak lebih pantas dari biasa. Satu persoalan terus timbul dibenaknya. Adakah dia orang yang sama seperti yang pernah dikenalinya satu masa lalu. Rasional fikirannya mengatakan mungkin ramai yang mempunyai nama yang sama.
Pun begitu, nama tersebut masih tidak dapat dilupakan dan terus bermain-main difikirannya hingga menganggu waktu tidurnya. Otaknya laju sekali memproses memori-memori lama dan Zurie tidak sedar pukul berapa dia tertidur.
Kesibukan kerja di pejabat telah membantutkan rancangannya untuk membuat pencarian lebih lanjut ke atas nama tersebut. Mujur tiba waktu makan tengahari, dan Zurie tanpa membuang masa membuat carian yang lebih dalam ke atas nama dan syarikat tersebut. Memang seingatnya, lelaki itu memang bekerja di Amerika Syarikat setelah menamatkan pengajiannya di salah satu universiti di sana.
Rasa ingin tahunya amat kuat dan gagang telefon diangkatnya dan di dail nombor telefon yang tertera di laman web tersebut......
I like this picture so so much!
2nd photographer : Jaggat
Make up : Nurul Shukor
Video : Adan Impresif
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-May-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Biotech thingy
|
|
I was assigned to shoot still photo for a big plantation company for a video show on their biotech facilities at Banting and Morib.
Here's one of the photo.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My picture in Majalah Pengantin Mei 06
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
White at CS Studio
|
|
I was visiting Saiful Nang's new office for the first time yesterday and got the chance to experience Poyography by Adinang. Since Saiful is away to London, we have utmost freedom there. ehehehehe..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hanim : Engagement ceremony at Ampang Hilir
|
|
This is another suprise. When I first saw the picture on the wall, I notice the face is familiar but I tot maybe look alike one. To make it more suspense she didn't allow me to enter the room during the makeup. But after few minutes, there come a bunch of familiar faces through the door. So now it's confirmed that my client is my ex student. What a surprise. Hanim also surprise to find out that I am her photographer for the day.
Here is one photo first...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Apr-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bird series : Zooming effect
|
|
Siri sambungan daripada siri burung sebelumnya. Burung Merbah ini telah diperhatikan berkeliaran di kawasan belakang rumah. Dengan bersenjatakan lensa (sebut lensa..) Tamron 200-400mm yang dipinjam dari teman tapi mesra Ron yang tinggal di http://mol2005.fotopages.com
Apa yang diperhatikan, burung Merbah ini sebenarnya amat bijak burungnya. Sebelum dia singgah ke sarangnya dengan makanan di paruh, dia memerhatikan keadaan sekeliling dan memastikan tiada potential threat kepada sarang dan anak anaknya. Setelah berpuas hati, barulah dia pergi ke sarangnya dan memberi anak anaknya makan.
Ada sambungannya lagi selepas ini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Apr-2006 23:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FMDC Zooming at Zoo Negara
|
|
This is the biggest event ever organised by FMDC which attracted partcipation of 130+ photographer around Malaysia.
Congrats to the ultimate winner, Gap from Group 4, led by Jagggat at http://jaggat.fotopages.com
COngrats also to My Group, Group 5 who come out as BEST GROUP!!!!! Yippyyyyy
Here some of my pics which is not good enuf to win. Hehehe..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Mar-2006 08:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pre entry for FMDC Zoo-ming
|
|
I gotta practice for the sunday activity and photo challenge at zoo negara. Went around my house with Tamron 200-400mm to shoot some birds.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Mar-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azean & Airil : Outdoor POtrait
|
|
A quick outdoor session after the reception at Azean's house at nearby place.
THe weather was after rain and a bit cloudy. PS can always save the day.
|
|
|
|